Pengguna
  • 5.9
  •  
Softonic
  • 10
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows 2000
  • Windows XP
  • Windows 2003
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
2.2.0.3032007-05-29
Muat turun bulan lepas:
22,542,308
Saiz:
8.14 MB
Pembangun:

Cipta rangkaian persendirian selamat antara dua komputer

Hamachi ialah peralatan berguna untuk menyambungkan dua komputer melalui internet dengan mencipta rangkaian persendirian maya (VPN) anda sendiri dan melindunginya dengan algoritma penyulitan berpiawaian industri.

Ini bermaksud komunikasi anda selamat pada setiap masa dari pihak-pihak yang menyibuk, dengan mencipta saluran persendirian antara dua komputer. Tentunya, Hamachi boleh juga digunakan dalam rangkaian kawasan setempat (LAN) untuk keselamatan tambahan.

Hamachi menonjolkan antara muka mudah yang membolehkan anda mencipta rangkaian selamat peribadi hanya dalam beberapa langkah. Sekali pandang, ia sangat mudah diguna. Tambah pula sambungan anda dilindungi oleh algoritma penyulitan AES-256.

Kekusutannya datang kemudian bila cuba berkongsi fail antara komputer: anda terpaksa lakukannya menerusi perkongsian rangkaian pada Windows kerana Hamachi tidak menyokong ciri ini. Akhirnya, saya terpaksa terima bahawa kita tidak boleh berkongsi fail menerusi Hamachi sewaktu ujian kami – anda tahulah betapa degilnya konfigurasi perkongsian Windows itu. Ah ya, sekurang-kurangnya kami boleh bersembang – sembang yang sangat selamat, tentunya.

Hamachi ialah penyelesaian hebat untuk memulakan sambungan selamat, P2P persendirian antara dua komputer; malangnya ia bukanlah mudah diguna sebagaimana kelihatan pada awalnya.

Bagus
  • Antara muka ringkas
  • Mula gunakannya dalam masa 2 saat
  • Didokumentasikan dengan baik
Tidak bagus
  • Berkongsi fail tidak mudah

Muat turun: Paling Banyak Windows

  1. Free Download Manager

    Urus muat turun anda dengan cekap

  2. Internet Download Manager
  3. uTorrent
  4. YTD Video Downloader
  5. Any Video Converter